Sunday, October 9, 2011

Mencari Sahabat Sejati...



Sebagai seorang manusia, kita memang saling memerlukan antara satu sama lain. Kita semua tak boleh hidup kalau bersendirian kerana kita memang dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain.Tak kira lah antara ibu bapa dengan anak-anak, suami dengan isteri, dan dengan kawan masing-masing.  Apa akan jadi kalau kita semua buat hal masing-masing? Mampukah kita hidup dengan membuat hal masing-masing?.... 
Hari nie  tetiba terfikir pasal sahabat sejati. Cuba korang fikir-fikirkan... adakah mudah untuk mencari sahabat sejati? Senang ke nak cari sahabat sejati nie? Kalau dah ada sekalipun...cukup ke dengan  seorang dua sahabat sejati. 

Cuba korang semua lihat disekeliling anda... Ada tak kawan-kawan rapat korang semua? Ok..ok, eika tau semua ada kawan kan... Yang rapat pun mesti ada kan? Betul ke kawan rapat tu seorang sahabat yang sejati? Adakah mereka tu adalah sahabat korang semua dalam erti kata yang sebenarnya....Jujurkah dieorang dengan anda?

Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


KAWAN KETAWA MEMG RAMAI TAPI KAWAN MENANGIS SGT PAYAH NAK CARI..OLEH ITU BIJAK LA MEMILIH ORG YG BOLEH MENJADI SAHABAT KORG SUME...~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment